Sunday, 8 January 2012

اهلا و سهلا و مرحبا بكم

Nabi S.A.W bersabda :


مُرُوا اَوْلَا دَكُمْ بالصَّلاَةِ لِسَبْعٍ وَاضْرِبُوْا عَلَيْهَا لِعَشْرٍ وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجع.

Ertinya : Perintahkan anakmu untuk solat ketika umur tujuh tahun dan pukullah bila umurnya sepuluh tahun (bila tidak solat ) dan pisahkan tempat tidur mereka ( antara lelaki dan perempuan ).

 Samada lelaki mahupun perempuan, boleh dipukul apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun dan yang melalaikan solatnya. Demikian pula untuk kewajipan-kewajipan yang lain dalam pendidikan, permasalahan rumah dan lain-lain. Bagi para pendidik, hendaklah memperlihatkan pengarahan dan pengajaran mereka, tetapi dengan pukulan yang ringan yang tidak membahayakan.


RENUNGKAN BERSAMA...

15 Perkara Seksa Meninggalkan Solat.

6 Di Dunia


1. Tiada keberkatan pada umurnya.
2. Tiada mendapat kebahagian sejati.
3. Hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.
4. Diangkat Allah SWT berkat rezekinya walaupun mempunyai harta yang banyak tetapi belanja pada perkara yang tidak berfaedah.
5. Diangkatnya padanya tanda orang yang soleh.
6. Amalan menjadi sia-sia kerana amalan tidak diterima oleh Allah, tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit.

3 Sewaktu Hendak Mati


1. Dimatikan dalam keadaan hina.
2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.
3. Dimatikannya dalam keadaan sangat dahaga, iaitu diberi minum tujuh lautan sekalipun tidak hilang dahaganya.

3 Sewaktu Dalam Kubur


1. Disempitkan tubuhnya hingga sempit dua tulang rusuknya.
2. Disuruh Allah dua Malaikat untuk menyeksanya hingga hari Kiamat.
3. Bertemankan ular yang diber nama SUJAULAKRAA. Dua mata daripada api neraka, dua kuku Malaikat yang menyeksa daripadaa besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam. Pada tangan itu satu tingkat daripada besi...dan dipukul roh orang yang mati tadi sehingga 70 hasta ke dalam bumi dan diangkat dengan kuku itu seperti permulaan dan seterusnya hingga hari Kiamat.

3  Seawaktu Hari Kiamat


1. Allah memerintahkan Malaikat, memasukan ke dalam neraka.
2. Allah melihat dengan murka.
3. Allah akan mengira dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka.

No comments:

Post a Comment